Semasa

Laluan B66 Batang Kali-Genting dibuka semula

Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor memaklumkan pembukaan semula laluan B66 Jalan Batang Kali.

Melalui satu kenyataan JKR berkata laluan menuju ke pusat peranginan Genting Highland yang ditutup hampir dua tahun lepas susulan tragedi tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father’s Organic Farm boleh dilalui bermula jam 3 petang ini.

Kenyataan itu juga menyebut kerja turapan di laluan itu telah dijalankan pada 27 hingga 29 Mei lepas.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan pula diseru menghubungi pihak JKR Hulu Selangor di talian 03-60641046, 03-60641058, 03-60641058 dan 03-60641073.

Sebelum ini Jalan Batang Kali-Genting Highlands ditutup bagi membolehkan kerja-kerja membaiki cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh berkenaan.

Tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm pada 16 Dis 2022 lalu mengorbankan 31 nyawa dan disifatkan kejaduan kedua terbesar melibatkan jumlah mangsa maut.

BACA LAGI: Hujan punca utama kejadian tanah runtuh Batang Kali

Laporan forensik tragedi yang didedahkan kepada umum pada Oktober lalu mendedahkan kejadian berpunca daripada hujan lebat yang kemudiannya menyebabkan kegagalan cerun.

Related Articles

Back to top button