Politik

BN terus kerjasama dengan PH hadapi PRU16

Barisan Nasional (BN) memilih untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

Pendirian itu dinyatakan Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu sidang media selepas merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Maran di Pekan Tajau, Maran pada Ahad.

“Insya-Allah PRU akan datang kita akan gunakan lambang Barisan Nasional. Ini bukan bererti kita lari daripada kesepakatan Kerajaan Perpaduan. Maksudnya PH (Pakatan Harapan) boleh tanding guna lambang PH dan kita tanding dengan lambang kita, tapi dari segi kerjasama, kita jalinkan.

“Asalkan kawasan yang kita bertanding itu tidak ditandingi oleh mereka, dan kita tidak bertanding di kawasan yang mereka tanding itu,” katanya.

Sementara itu Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata sejak UMNO berada dalam kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan, belum ada lagi agenda Islam yang diketepikan.

Presiden UMNO itu berkata, beliau akan memastikan bahawa parti komponen dalam kerajaan Perpaduan mengikuti semua perkara yang termaktub dalam Perlembagaan berkaitan menjaga soal Islam dan kepentingan orang Melayu.

Related Articles

Back to top button