Pilihanraya

PRK Nenggiri: Azizi beri laluan kepada PH, BN untuk bertanding

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim berkata beliau tidak akan bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang yang dijadualkan pada Ogos.

Azizi berkata, beliau sebaliknya akan memberi laluan kepada mereka daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN).

“Ini bukan mengenai kerusi yang dipertandingkan, tetapi tentang menghormati semangat setiakawan dalam kalangan parti komponen,” katanya kepada pemberita di Gua Musang semalam, lapor Bernama.

Katanya, beliau telah menghantar surat kepada Bersatu pada Sabtu, menggesa parti itu memberikan butiran jelas berhubung pemberhentian keahliannya.

Pada 19 Jun lalu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan bahawa kerusi Nenggiri kosong selepas notis bertulis diterima di bawah Fasal (3) Perkara 31A undang-undang tubuh negeri Kelantan berhubung status keahlian Azizi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal bagi PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos, manakala hari pengundian pada 17 Ogos.

Related Articles

Back to top button