Parlimen

Isu kesihatan mental kanak-kanak meningkat dua kali ganda – Dr Dzulkefly

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan isu kesihatan mental di kalangan kanak-kanak meningkat dua kali ganda sejak 2019.

Menurut laporan Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendapati sehingga tahun lalu, hampir sejuta kanak-kanak berusia lima hingga 15 tahun menghadapi masalah mental.

Statistik masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja (berumur 5 hingga 15 tahun) telah meningkat daripada 7.9 peratus (424, 000) dalam tahun 2019 kepada 16.6 peratus (922, 318) pada tahun 2023.

“Ini adalah peningkatan sebanyak dua kali ganda, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bagi menjawab pertanyaan lisan daripada Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) yang ingin tahun mengenai tindakan KKM bagi menangani isu kesihatan mental di kalangan kanak-kanak mutakhir ini yang jumlahnya hampir mencapai setengah juta kes.

Untuk rekod, data terakhir yang diperoleh bagi kanak-kanak yang terkesan dalam isu tersebut adalah sebanyak 424,000 kes pada tahun 2023.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata, KKM telah dan sedang mengambil inisiatif-inisiatif antaranya mewujudkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) yang bertindak sebagai agensi peneraju dan koordinasi pelaksanaan aktiviti-aktiviti dan program-program kesihatan mental termasuk bagi program kesihatan mental kanak-kanak dan remaja.

Antara lain adalah KKM sedang membangunkan Pelan Tindakan Kesihatan Mental Kanak-Kanak dan Remaja (CAMH) yang memfokuskan kepada aspek promosi, pencegahan dan penjagaan kesihatan mental golongan kanak-kanak dan remaja secara menyeluruh.

Ini termasuk melalui aktiviti pendidikan, pemerkasaan peranan ibu bapa, rakan sebaya dan ketua komuniti setempat serta peluasan perkhidmatan kesihatan mental mensasarkan kepada kanak-kanak dan remaja melalui platform digital.

Related Articles

Back to top button