Semasa

PADU akan dibuka bagi pendaftaran fasa kedua – Menteri Ekonomi

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan kerajaan akan membuka semula sistem semula sistem pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di bawah fasa kedua.

Melalui jawapan lisan di Dewan Rakyat pada Selasa beliau berkata, langkah itu bagi membolehkan mana-mana individu yang belum mendaftar dapat mengemas kini maklumat masing-masing mengikut tempoh yang akan ditetapkan.

“Kerajaan meminta semua pihak dapat memberikan kerjasama dalam meningkatkan kesedaran rakyat akan kepentingan penggunaan data PADU.

“Pada masa hadapan, data PADU akan menjadi rujukan utama dalam pembentukan program intervensi kerajaan dan pengenalpastian kumpulan penerima bantuan,” katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan matlamat kerajaan menerusi PADU adalah bagi meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber, terutama penyasaran semula subsidi dan bantuan kerajaan lebih bersasar.

“Kerajaan adalah komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat tercapai selaras dengan sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampan, sejahtera dan berpendapatan tinggi,” tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Rafizi memaklumkan seramai 1,071,796 juta rakyat di Sarawak sudah mengemas kini maklumat di PADU sehingga tamat tempoh pendaftaran PADU fasa satu pada Mac lalu.

Perincian itu bagi menjawab soalan Ahli Parlimen dari negeri itu yang mahu mengetahui kedudukan terkini mengenai sistem PADU di Sarawak dan langkah ditetapkan supaya penduduk di Sarawak khususnya golongan B40 tidak tersisih daripada objektif sistem PADU.

Related Articles

Back to top button