Semasa

PM Anwar hulur sumbangan kepada Syed Harun, reformis awal yang diuji masalah kesihatan

Nasib seorang aktivis awal reformasi yang kini diuji dengan masalah kesihatan mendapat perhatian Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden Parti KEADILAN pada Selasa menghulurkan sumbangan peribadi kepada Syed Harun Syed Yacob

Anwar berkata sumbangan itu disampaikan menerusi Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau dalam sesi Ziarah MADANI di kediaman Syed Harun di Batu Caves, Selangor pada Selasa.

“Saya dimaklumkan beliau mempunyai masalah paru-paru sehingga memerlukan bantuan pernafasan,“ katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.

BACA LAGI: PM Anwar doa Jay Jay cekal hadapi ujian kesihatan

Menurut Anwar, sumbangan disampaikan itu bagi meringankan beban kos perubatan yang ditanggung oleh Syed Harun.

Melalui hantaran itu, beliau turut mendoakan agar aktivis itu diberi kekuatan dan kesembuhan secepat mungkin.

Related Articles

Back to top button