Pilihanraya

PRK Sungai Bakap: Kewibawaan, kredibiliti calon PH mampu menangi hati pengundi

Kewibawaan dan kredibiliti calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap mampu memenangi hati pengundi.

Malah Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek berkata, kemenangan Dr Joohari Ariffin yang merupakan bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara dengan berlatar belakang pendidikan peringkat doktor falsafah (PhD) itu akan memenuhi keperluan rakyat Sungai Bakap.

“Setakat ini, perkembangan nampak positif dan kini kita menuju pusingan terakhir sebelum hari mengundi. Dengan empat tawaran atau iltizam PADU dalam manifestonya, latar belakang pendidik dan bekas pengarah institusi, kita yakin Cikgu Joo dapat memenangi hati rakyat Sungai Bakap,” kata Ahli Parlimen Nibong Tebal itu.

Sabtu lalu, Joohari melancarkan manifesto PADU – ‘Iltizam Cikgu Joohari – Perpaduan Untuk N.20 Sungai Bakap’, yang menggariskan azam untuk Sungai Bakap jika diberi mandat pada PRK Sabtu ini.

Manifesto atau iltizamnya dinamakan PADU dengan ‘P’merujuk Prasarana dan Progresif, ‘A’ untuk Akhlak, Akademik dan Anak muda, ‘D’ merujuk Damai serta terakhir, ‘U’ iaitu Untuk semua (U).

Antara lain Johari berazam memastikan kemudahan awam dalam keadaan baik dan memenuhi keperluan penduduk, menjadikan Sungai Bakap pusat pengeluaran produk mikro halal serta meningkatkan penyertaan usahawan wanita dalam Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Beliau turut mencetuskan idea menubuhkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), memastikan penduduk dilayan adil.

Bagi menjaga kepentingan golongan muda, Joohari yang juga merupakan bekas guru berazam berazam meningkatkan jati diri remaja dengan mewujudkan kaunter tetap CARI KERJA, selain menambah dan menaiktaraf fasiliti sukan rakyat dan mengembalikan minat belajar dengan mewujudkan Pusat Tuisyen Rakyat (PTR) yang akan mendapat bantuan tutor dari universiti tempatan.

Beliau turut berhasrat mengembangkan program seperti Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM), Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta kecerdasan buatan (AI) kepada golongan muda kawasan itu.

BACA LAGI: Manifesto Dr Joohari realistik dan mampu dilaksana – Penganalisis politik

Iltizam lain, mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan, menoktahkan kemiskinan tegar, mewujudkan Taska Perpaduan dan Tadika Islam (TADIS), menyelesaikan permasalahan kewarganegaraan, mengimarahkan masjid dan surau serta pemuliharaan rumah ibadat bukan Islam.

Beliau juga berhasrat memberikan perhatian yang adil kepada seluruh masyarakat dengan fokus kepada keupayaan daya saing belia, anak muda, wanita, pengembangan pendidikan kanak-kanak serta warga emas tanpa mengira fahaman politik, budaya dan agama.

Related Articles

Back to top button