Semasa

Kementerian Komunikasi teliti usaha tingkat manfaat pengamal media di hari tua – Fahmi

Kementerian Komunikasi sedang meneliti beberapa usaha untuk meningkatkan manfaat yang boleh dinikmati pengamal media di hari tua.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, ia termasuk mengadakan perbincangan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) supaya lebih banyak manfaat dapat dinikmati kumpulan media pada masa akan datang.

“Ia termasuklah apa cara dan mekanisme terbaik untuk kita laksanakan demi manfaat dan kebajikan pengamal media di negara ini nanti.

“Kita masih baru di peringkat permulaan walaupun kita sudah berjaya menguruskan isu Perkeso.

“Perkara ini telah saya sampaikan kepada beberapa agensi di bawah Kementerian Komunikasi untuk kita teliti dan mencari mekanisme terbaik untuk dilaksanakan,” katanya.

Fahmi berkata begitu kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada jurukamera Malaysia Gazette Mohd Airulrezal Amirudin, 42, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa bertugas, pertengahan Jun lalu.

BACA LAGI: KESUMA bentang kertas dasar Suruhanjaya Pekerja Gig kepada kabinet bulan ini

Sementara itu menurut Fahmi, hampir 600 orang pengamal media berkhidmat sebagai stringer (wartawan sambilan) serta Contract for Service dan Peacemeal (pekerja sambilan) untuk Stesen Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mula mendapat manfaat Perkeso sejak 1 Julai lalu.

Related Articles

Back to top button