Semasa

PM Anwar terima kunjungan hormat Sheikh Al-Azhar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menerima kunjungan hormat Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb.

Kunjungan hormat penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 2020/1442H itu bersempena lawatan rasmi empat harinya ke Malaysia.

Turut menyertai pertemuan yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana yang merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri itu adalah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Wisma Putra dalam kenyataan semalam memaklumkan lawatan khas oleh Sheikh Al-Azhar, yang berstatus Perdana Menteri berdasarkan Perlembagaan Mesir, merupakan detik bersejarah dalam hubungan dua hala Malaysia dan Republik Arab Mesir.

Lawatan itu juga membuktikan pertalian erat dan kerjasama rapat antara kedua-dua negara dalam usaha membangunkan umat Islam yang progresif serta dinamik.

Semalam Prof Ahmad Muhammad mengadakan Lawatan Kerja ke Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu hari ini.

BACA LAGI: Syiar Islam makin kukuh dibawah Kerajaan Perpaduan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar menyifatkan lawatan itu akan membuka dimensi baharu kepada pemerkasaan serta perkembangan pendidikan tahfiz dan Al-Quran di negara ini.

Kunjungan itu juga diharap akan membuka peluang lebih luas kepada graduan Darul Quran JAKIM untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir.

Related Articles

Back to top button