Semasa

Menteri nafi industri pembinaan berdepan kenaikan kos 15-35 peratus

Kerajaan akan melakukan pemantauan terhadap industri pembinaan khususnya berkaitan isu kenaikan harga bahan binaan dan bahan mentah serta kesannya ke atas kontraktor.

Menteri Kerja Raya (KKR) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di Dewan Rakyat pada Khamis berkata, penelitian perlu dilakukan daripada pelbagai sudut sebelum kerajaan boleh mempertimbang atau memperkenal dasar baharu berkaitan.

“Penelitian perlu dilakukan daripada pelbagai sudut antaranya indeks kos bahan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia yang akan merekodkan sebarang peningkatan dan penurunan kos binaan

“Kami sedang memperhalusi dengan agensi berkenaan, terutama Kementerian Kewangan (MoF),” katanya.

BACA LAGI: Selangor beri jaminan pembinaan insinerator ikut prosedur

Terdahulu Ahli Parlimen Kapit itu ditanyakan inisiatif kerajaan dalam membantu kontraktor ekoran kenaikan harga jentera dan bahan disebabkan kenaikan harga barang, khasnya kepada kontraktor yang diberikan tawaran kerja sebelum kenaikan harga diesel.

Beliau sementara itu menafikan industri pembinaan negara berdepan kenaikan kos antara 15 hingga 35 peratus susulan pengapungan harga diesel, mulai 10 Jun lalu.

Tegasnya, masih terlalu awal untuk menganggarkan kenaikan peratusan kos dalam industri berkenaan.

Related Articles

Back to top button