Negeri

Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza kumpul RM3 juta setakat ini – Menteri Besar

Kerajaan Selangor sudah berjaya kumpul dana lebih RM3 juta bagi merealisasikan pembangunan bandar wakaf di Gaza.

Dana yang dikumpul itu bertujuan pelaksanaan dan pembangunan seperti Pangsapuri Darul Ehsan, Masjid Darul Ehsan dan Menara Tangki Air Darul Ehsan di Gaza, menurut Menteri Besar Datuk Seri Amiruddin Shari.

“Kita kena ingatkan kita buat masjid kita buat pangsapuri dan kita buat tangki untuk masyarakat di Gaza, tetapi itu semua selepas aman. Jadi sekarang ini usaha untuk sumbangan awal dan kemanusian dulu,” kata Amiruddin selepas program ‘Recharge:Gaza Bangkit Sesi Hi tea bersama Ustaz Abdul Somad’, di Shah Alam pada Ahad.

Beliau turut menyeru seluruh masyarakat khususnya rakyat Selangor untuk bersama-sama membantu menyalurkan sumbangan dalam usahan merealisasikan hasrat tersebut.

BACA LAGI: Malaysia sedia kerjasama dengan Indonesia untuk misi pengaman di Palestin

Pada 28 Mac lalu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.

Melalui tabung berkenaan kerajaan negeri menyasarkan kutipan sebanyak RM8.7 juta bagi membangunkan semula wilayah berkenaan.

Pembangunan Bandar Wakaf Malaysia Gaza itu turut mendapat kerjasama daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Related Articles

Back to top button