Parlimen

Peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak sesulit seperti digambarkan – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu usaha meluluskan peruntukan kewangan kepada Ahli Parlimen pembangkang tidaklah sesulit yang digambarkan mereka.

Memberitahu Dewan Rakyat yang beliau diserang dan didakwa zalim walaupun penjelasan mengenainya sudah dibuat berulang kali, Anwar berkata, amalan memberikan peruntukan sekata kepada pihak pembangkang memang menjadi amalan negara demokrasi.

Anwar telah memberikan mandat sepenuhnya kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk berunding perkara tersebut, malah tiada syarat supaya menyokong beliau untuk mendapatkan peruntukan berkenaan.

“Saya menyeru kepada kepada Yang Berhormat Pendang (Datuk Awang Hashim), kalau boleh sampaikan kepada semua wakil-wakil rakyat parti (pembangkang) dan segerakan perbincangan supaya hal ini tidak memanaskan suhu dewan ini.

“Tiada syarat dia mesti sokong Perdana Menteri, tiada syarat itu, saya tidak pernah kenakan syarat itu,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen PN-Pendang, Datuk Awang Hashim pada sidang Dewan Rakyat, pada Selasa.

Anwar berkata, rundingan mengenai peruntukan untuk kawasan pembangkang itu semudah dengan melakukan perbincangan dan tidak perlu tindakan populis lain.

“Tak payah berlari, berjoging, tak payah, kita runding sahaja, bincang sahaja selesai,” katanya lagi.

Related Articles

Back to top button