Semasa

Program Pusat NADI diperluas ke semua peringkat rakyat – Fahmi

Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan diperluas dengan pelaksanaan program di luar pusat itu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, langkah itu yang bertujuan untuk memberi lebih banyak manfaat kepada masyarakat setempat bakal dilaksana melalui Komuniti MADANI di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kebiasaannya NADI akan memberikan manfaat kepada masyarakat di sekitar tiga atau empat kilometer dari pusat fizikal.

“Kita akan bekerjasama dengan Japen (Jabatan Penerangan) dan Komuniti MADANI, setiap DUN ada tiga Komuniti MADANI, jadi kita ambil modul-modul dalam NADI dan bawa keluar kepada masyarakat supaya lebih ramai dapat manfaat,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu Fahmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan pusat NADI di Kg. Dato’ Ahmad Said Tambahan 2, di Ipoh pada Isnin.

BACA LAGI: Dua hospital di Sabah bakal dinaik taraf, berstatus Hospital Negeri

Sementara itu menurut Fahmi, antara modul yang akan dilaksana di luar pusat itu ialah kecerdasan buatan, digital, maklumat mengenai penipuan dalam talian dan kesedaran mengenai buli siber.

Justeru Pengurus NADI juga telah dimohon meningkatkan kefahaman dan seterusnya berkongsi maklumat mengenai isu-isu terkini berkenaan teknologi terutamanya mengenai jenayah scam dan buli siber.

Setakat 30 Jun, sebanyak 75 NADI telah beroperasi di Perak dengan empat daripadanya ialah NADI baharu yang dibina di bawah inisiatif 1 DUN 1 NADI.

Related Articles

Back to top button