Semasa

Agong berkenan terima perutusan rasmi Sultan Brunei ke Istiadat Pertabalan

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima perutusan rasmi Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ke Istiadat Pertabalan yang akan berlangsung pada 20 Julai ini.

Berdasarkan hantaran di akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, perutusan rasmi itu dipersembahkan oleh delegasi Brunei yang diketuai Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara Brunei Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II Negara Brunei Pehin Datu Lailaraja Major General (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Haji Mohd Yussof.

Sementara itu Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil mengetuai delegasi Malaysia yang turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan, Datuk Awang Alik Jeman.

Turut sama ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Zailani Hashim.

Related Articles

Back to top button