Semasa

Menteri NRES buat laporan polis, nafi terlibat skim pelaburan di Telegram

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad menafikan terlibat dalam skim pelaburan seperti yang tular di media sosial.

Melalui satu hantaran di aplikasi X, Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata beliau telah membuat satu laporan polis berhubung penggunaan nama dan gambarnya dalam iklan pelaburan di aplikasi Telegram pada Selasa.

Laporan berkenaan difailkan pihaknya di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam baru-baru ini untuk menafikan penglibatannya dengan akaun itu.

“Laporan polis tersebut telah dibuat untuk menafikan penglibatan saya dengan akaun tersebut serta untuk menjaga nama baik saya,” katanya.

Laporan tersebut juga dibuat bagi melindungi dirinya daripada dakwaan palsu itu.

Nik Nazmi pada masa sama mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya atau terlibat dengan skim penipuan sedemikian.

Related Articles

Back to top button