Nasional

Akta tangani gejala buli siber dibawa ke Mesyuarat Kabinet esok

Kementerian Komunikasi dijadual membawa cadangan untuk menggubal akta baharu atau meminda undang-undang sedia ada bagi menangani gejala buli siber ke Mesyuarat Kabinet esok.

Menterinya, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, ia sebagai usaha untuk menjadikan platform media sosial lebih selamat selain menangani gejala buli siber dalam kalangan pengguna medium itu.

“Kita akan maklumkan kepada mesyurat jemaah Menteri esok tentang langkah perundangan yang boleh diambil sekarang, sama ada dengan menggubal satu akta yang baharu ataupun meminda akta sedia ada.

“Sidang Parlimen ada lebih kurang seminggu lagi, jadi kita ada masa sekiranya Kabinet merasakan ada keperluan (bentang rang undang-undang) untuk kita bertindak segera,” katanya dalam sesi bersama media di Bangunan Parlimen, hari ini.

Baru-baru ini seorang wanita yang juga pempengaruh media sosial dikatakan membunuh diri selepas menjadi mangsa buli siber di Gombak Setia, Selangor.

Related Articles

Back to top button