Sukan

KBS batal peruntukan jika persatuan dapatkan tajaan dari syarikat tembakau, vape dan alkohol

Kod Sukan Selamat sudah diperkasakan untuk mengelak sebarang tajaan aktiviti sukan melibatkan syarikat tembakau, rokok elektronik atau vape dan alkohol.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, keputusan itu selaras dengan hasrat kementerian untuk mempromosikan gaya hidup sihat.

“Sebagai sebuah kementerian yang mempromosikan gaya hidup sihat, kami melarang rokok, vape dan alkohol untuk dibawa ke dalam stadium kerana boleh mendatangkan bahaya serta tidak keselesaan kepada pengunjung yang lain,” katanya dalam satu sidang media.

Beliau sebelumnya menghadiri Kempen Kawalan Merokok anjuran Pusat Perubatan Cengild GI, Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) di Kuala Lumpur pada Rabu.

BACA LAGI: Kerajaan komited bantu lonjak pembangunan sukan – PM Anwar

Sementara itu Hannah turut menegaskan, pihaknya tidak akan memberikan sebarang peruntukan kepada mana-mana persatuan atau aktiviti yang dipercayai ditaja oleh syarikat-syarikat terbabit.

Sebarang aktiviti yang menimbulkan syak wasangka selepas permohonan diluluskan akan disiasat dan jika apa yang dijangka itu benar, peruntukan akan dibatalkan

“Ini termasuk mereka yang memohon Geran Padanan Sukan (GPS) dan Dana Sukan Komuniti (DSK) di KBS,” tambah Ahli Parlimen Segambut itu.

Related Articles

Back to top button