Parlimen

Keputusan Speaker terhadap 6 Ahli Parlimen tidak jejas anti lompat parti

KRONOLOGI

12 OKTOBER 2023
AHLI PARLIMEN KUALA KANGSAR ISYTIHAR SOKONG PERDANA MENTERI
Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid membuat keputusan untuk menyokong pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa pada 12 Oktober 2023.

30 OKTOBER 2023
AHLI PARLIMEN LABUAN ISYTIHAR SOKONG PERDANA MENTERI
Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman daripada Perikatan Nasional (PN) menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

7 NOVEMBER 2023
AHLI PARLIMEN GUA MUSANG ISYTIHAR SOKONG PERDANA MENTERI
Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim daripada Perikatan Nasional (PN) mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

8 NOVEMBER 2023
AHLI PARLIMEN JELI ISYTIHAR SOKONG PERDANA MENTERI
Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik mengisytiharkan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

28 NOVEMBER 2023
AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG ISYTIHAR SOKONG PERDANA MENTERI
Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) mengumumkan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

24 JANUARI 2024
AHLI PARLIMEN TANJONG KARANG ISYTIHAR SOKONG PERDANA MENTERI
Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi mengisytiharkan untuk memberi sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2 MAC 2024
PINDAAN PERLEMBAGAAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (Bersatu)
Bersatu melalui Mesyuarat Agung Khas telah melakukan pindaan terhadap perlembagaan parti.
Pindaan berkenaan membabitkan tiga perkara bawah Fasal 10 Perlembagaan Bersatu yang berkaitan hal-hal pemberhentian dan pemecatan ahli parti, iaitu dengan memasukkan tambahan Fasal 10.4, 10.5 dan 10.6.

Fasal 10.4 memperuntukkan mana-mana ahli Bersatu yang merupakan wakil rakyat di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Dewan Negeri yang melakukan ketidakpatuhan terhadap apa-apa arahan yang dikeluarkan Majlis Pimpinan Tertinggi selari dengan Fasal 10.5, disifatkan terhenti keahliannya daripada parti itu secara serta-merta.

Fasal 10.5 pula menyatakan Majlis Pimpinan Tertinggi boleh mengeluarkan arahan khusus kepada mana-mana atau semua wakil rakyatnya di Dewan Rakyat atau DUN atau Dewan Negeri, dan ia hendaklah dibuat secara bertulis.

Fasal 10.6 merujuk kepada Fasal 10.4, iaitu Setiausaha Agung, atas arahan Majlis Pimpinan Tertinggi, hendaklah mengeluarkan notis kepada ahli berkenaan yang memaklumkan bahawa keahlian beliau telah terhenti secara serta-merta dan namanya dikeluarkan daripada sistem pendaftaran keahlian parti.

17 MEI 2024
IKRAR TAAT SETIA
Bersatu menghantar surat kepada semua wakil rakyat Parti tersebut (Ahli Parlimen dan ADUN) untuk meminta mereka menyatakan sokongan kepada parti.

Sekiranya mereka gagal membalas surat yang diberikan itu dalam tempoh 14 hari (tarikh akhir 31 Mei 2024), keahlian individu itu dalam Bersatu akan terhenti serta-merta dan status sebagai wakil rakyat akan tergugur yang akan menyebabkan berlakunya kekosongan luar jangka kerusi Parlimen yang akan mengakibatkan berlakunya Pilihan Raya Kecil.

6 AHLI PARLIMEN BERSATU MEMPERSOALKAN ARAHAN KHUSUS MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI
6 Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuskan surat kepada Setiausaha Agung parti mempersoalkan Arahan Khusus Majlis Pimpinan Tertinggi.

31 MEI 2024
6 AHLI PARLIMEN BERSATU TIDAK MENYATAKAN IKRAR TAAT SETIA
6 Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjawab surat yang dikeluarkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin kepada semua ahli parti itu bagi menuntut mereka menyatakan kesetiaan kepada parti.

12 JUN 2024
NOTIS TERHENTI KEAHLIAN SERTA-MERTA
Bersatu hantar notis terhenti serta merta kepada 6 Ahli Parlimen yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

13 JUN 2024
NOTIS BERTULIS DI BAWAH FASAL (3) PERKARA 31A UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN TUBUH KERAJAAN KELANTAN
Dewan Negeri Kelantan menerima notis bertulis di bawah Fasal (3) Perkara 31A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang Ahli Dewan Negeri Kelantan bahawa YB Nenggiri telah hilang keahlian Parti Bersatu seterusnya berlaku kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri N43 Nenggiri,

Pada tarikh yang sama, 13 Jun 2024, Dewan Negeri Kelantan turut menerima pemberitahuan daripada Setiausaha Agung Parti Bersatu, bahawa keahlian YB Nenggiri telah terhenti dengan serta-merta dan tidak lagi menjadi anggota Parti Bersatu.

19 JUN 2024
DUN NENGGIRI DIISYTIHAR KOSONG
Speaker Dewan Negeri Kelantan mengisytiharkan bahawa menurut Fasal 1 Perkara 31A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan berlaku kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri.

20 JUN 2024
NOTIS PEMAKLUMAN KEKOSONGAN KERUSI DI BAWAH PERKARA 49A PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Ahli Parlimen Beluran (Ketua Whip Bersatu) mengemukakan Notis Pemakluman Kekosongan Kerusi di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan membabitkan 6 Ahli Parlimen Bersatu kepada pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Bersatu mendesak Yang Di-Pertua Dewan Rakyat supaya mengisytiharkan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen 6 Ahli Parlimen tersebut supaya Pilihan Raya Kecil diadakan.

24 JUN 2024
YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT MEMOHON PENJELASAN LANJUT
Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengutuskan surat kepada Ahli Parlimen Beluran, Ahli Parlimen Larut dan 6 Ahli Parlimen Bersatu, memohon penjelasan lanjut berhubung notis Pemakluman Kekosongan Kerusi di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang telah dikemukakan oleh Ahli Parlimen Beluran.

5 JULAI 2024
YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT MENERIMA PENJELASAN LANJUT
Yang Di-Pertua Dewan Rakyat menerima penjelasan lanjut daripada Ahli Parlimen Beluran, Ahli Parlimen Larut dan 6 Ahli Parlimen Bersatu berhubung notis Pemakluman Kekosongan Kerusi di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang telah dikemukakan oleh Ahli Parlimen Beluran.

9 JULAI 2024
YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT ISYTIHAR TIDAK BERKALU KEKOSONGAN
Yang Di-Pertua membalas surat Ahli Parlimen Beluran dan mengisytiharkan bahawa tidak berlaku kekosongan luar jangka untuk kerusi 6 Ahli Parlimen terbabit.

6 Ahli Parlimen Bersatu isytihar sokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seawal Oktober 2023 dan terakhir Januari 2024. Kenapa berbulan baru ambil tindakan? Adakah sebab hendak pinda Perlembagaan dahulu, baru hendak ambil tindakan?

MUHYIDDIN YASSIN BACA PERLEMBAGAAN SEKERAT

PERKARA 49A PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

49A. (1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang ahli Dewan Rakyat hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan itu dan kerusinya hendaklah menjadi kosong sebaik sahaja suatu tarikh kekosongan luar jangka dipastikan oleh Yang di-Pertua di bawah Fasal (3) jika—

(a) setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti politik—

(i) dia melepaskan keanggotaan parti politik itu; atau

(ii) dia tidak lagi menjadi anggota parti politik itu; atau

(iii) setelah dipilih ke Dewan Rakyat bukan sebagai anggota suatu parti politik, dia menyertai suatu parti politik sebagai anggota.

(2) Seseorang ahli Dewan Rakyat tidak terhenti menjadi ahli Dewan itu menurut Perkara ini hanya disebabkan oleh—

(a)pembubaran atau pembatalan pendaftaran parti politiknya;
(b)pelepasan keanggotaannya daripada parti politiknya apabila dipilih sebagai Yang di-Pertua;
(c) atau pemecatannya daripada keanggotaan dalam parti politiknya.

(3) Bila mana Yang di-Pertua menerima notis bertulis daripada mana-mana ahli Dewan Rakyat mengenai berlakunya kekosongan luar jangka dalam kalangan ahli Dewan Rakyat di bawah Perkara ini, Yang di-Pertua hendaklah memastikan bahawa berlakunya kekosongan luar jangka itu dan memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya sewajarnya dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh dia menerima notis bertulis itu.

(4) Bagi maksud mengadakan pilihan raya di bawah Perkara 54, kekosongan luar jangka itu hendaklah diisi dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya menerima pemberitahuan itu daripada Yang di-Pertua.

Ini bermakna 6 Ahli Parlimen Bersatu ang dikatakan telah hilang keahlian ini menurut Perlembagaan Parti yang dipinda pada 2 Mac 2024. Selepas meminda Perlembagaan baru keahlian parti hilang. Mengapa Bersatu kata hilang keahlian? Sekiranya Bersatu umum 6 Ahli Parlimen ini dipecat, maka menurut perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, Ahli Parlimen yang dipecat parti tidak hilang kelayakan.

Related Articles

Back to top button