Semasa

MBPJ jalin kerjasama dengan Perbandaran Yueqin, MoU pelaburan RM47 juta dimeterai

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan pihak berkuasa perbandaran Yueqing, China melakar sejarah susulan termeterainya secara rasmi Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua pihak.

Pusat Kajian Strategik Serantau (CROSS) melalui satu kenyataan berkata, kerjasama yang difasilitasi Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung itu menandakan satu langkah penting ke arah peningkatan kerjasama dua hala termasuk dalam bidang pelaburan kedua belah pihak.

Kerjasama itu dijangka akan menarik pelaburan lebih RM47 juta daripada Yueqing ke Petaling Jaya.

“Majlis menandatangani perjanjian hari ini menandakan detik penting dalam perjalanan kerjasama antara MBPJ dan pihak berkuasa perbandaran Yueqing. Kedua-dua pihak komited mengukuhkan perkongsian mereka, memanfaatkan pelaburan, dan memajukan teknologi dan kemajuan ekonomi,” jelas kenyataan itu.

MoU ditandatangani Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri bin Samingon dan Pengerusi Jawatankuasa Perbandaran YueqingChen Xiangdong dengan disaksikan Chean Chung dan Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya.

BACA LAGI: NRES sasar 25 program Rumah Ibadat Hijau (RIH) setiap tahun

Ia bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dalam sektor tenaga boleh diperbaharui antaranya melalui projek perintis BIPV (Building Photovoltaic Integration), “projek Scenic Spot Light and Shadow Lighting ” dan “projek tiang lampu suria”.

Kenyataan itu memaklumkan, satu pasukan petugas khas yang terdiri daripada ahli daripada kedua-dua pihak akan dibentuk untuk mengkaji kebolehlaksanaan cadangan projek, implikasi kewangan, dan teknologi yang terlibat.

Related Articles

Back to top button