Semasa

Presiden Kesatuan Ulama Sedunia puji konsep Malaysia MADANI diperkenal PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ucapan di Majlis Ilmu MADANI bersama Tokoh Maal Hijrah 1446H di Kompleks Seri Perdana malam tadi berkata, penghayatan itu amat bermakna bagi mengubah diri umat Islam ke arah budaya baharu, akidah baharu, keyakinan dan pemikiran baharu serta sistem kemasyarakatan yang baharu.

“Ini untuk mengingatkan kita bahawa semangat hijrah ialah semangat perubahan. Mudah-mudahan semangat hijrah ini kita dapat bawa perubahan dalam masyarakat.

“Kita harus bangun dan mulakan kesedaran bermula dengan pembersihan jiwa, hati nurani dan kehidupan. Barulah boleh diisi dengan nilai baharu dan semangat baharu,” katanya.

Tambah Anwar, fahaman sempit dan ketaasuban perlu ditinggalkan dengan memilih ilmu serta kefahaman demi kemaslahatan ummah.

“Kalau kita masih kusut dengan fahaman jahiliah, kejahilan, kezaliman dan penindasan, maka kita tidak boleh mengisi (diri) dengan fahaman baharu dan tindakan baharu,” katanya dipetik.

BACA LAGI: Presiden Kesatuan Ulama Dunia adakan lawatan rasmi ke Malaysia atas jemputan PM Anwar

Dua Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan, Datuk Seri Hassan Ahmad dan Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa yang juga Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi menghadiri majlis tersebut.

Hassan yang juga bekas Mufti Pulau Pinang pada ucapannya menasihati umat Islam supaya meninggalkan perkara yang bertentangan dengan ajaran dan perintah Allah bagi mencapai kejayaan di dunia serta akhirat.

Manakala Sheikh Ali Al-Qaradaghi pula a memuji konsep Malaysia MADANI yang diilhamkan oleh Anwar dengan menyifatkan ia sebagai suatu konsep pemerintahan yang matang dan adil.

“Konsep MADANI yang diperkenal di Malaysia merupakan suatu keaslian yang melawan kemunduran dan membentuk kehidupan bersistem,” katanya dihadapan kira-kira 150 tetamu yang hadir pada majlis itu.

Related Articles

Back to top button