Negeri

Selangor akan laksana watu anjal kerja, imbangi keluarga dan kerjaya

Selangor akan melaksanakan model aturan kerja anjal bagi membolehkan pekerja lelaki dan wanita mencapai keseimbangan antara keluarga dan kerjaya.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari, menjelaskan perkara ini sedang diteroka oleh Wanita Berdaya Selangor (WBS) sebelum diaplikasikan sepenuhnya.

“Kerajaan Negeri juga memberi bantuan melalui Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas), Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar), dan MamaKerja untuk meringankan kos penjagaan anak,” katanya.

Dalam penggulungan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama, beliau menyatakan bahawa bantuan sekali bayar akan disalurkan pada bulan September kepada pengusaha tadika dan taska yang menghadapi masalah kewangan.

Selangor akan melaksanakan model aturan kerja anjal bagi membolehkan pekerja lelaki dan wanita mencapai keseimbangan antara keluarga dan kerjaya.

Anfaal Saari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Templer, menjelaskan perkara ini sedang diteroka oleh Wanita Berdaya Selangor (WBS) sebelum diaplikasikan sepenuhnya.

“Kerajaan Negeri juga memberi bantuan melalui Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas), Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar), dan MamaKerja untuk meringankan kos penjagaan anak,” katanya.

Dalam penggulungan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama, beliau menyatakan bahawa bantuan sekali bayar akan disalurkan pada bulan September kepada pengusaha tadika dan taska yang menghadapi masalah kewangan.

Related Articles

Back to top button