Semasa

Kerajaan cadang jadikan PADU lebih dinamik, mudahkan usaha rancang program sosioekonomi

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bakal ditambahbaik bagi menjamin keselamatannya, tegas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Khamis, Ahli Parlimen Pandan itu menjelaskan, PADU akan digunakan dalam pelbagai keperluan fungsian yang dibangunkan oleh pelbagai agensi dalam usaha menambah baik perancangan program sosioekonomi pada masa akan datang.

Ia termasuk menjadikan sistem PADU lebih dinamik sehingga dapat memenuhi ciri-ciri masa nyata tanpa perlu dikemaskinikan secara pemutihan dan sebagainya.

Usaha itu khususnya dalam mengoptimumkan sumber, mengurangkan ketirisan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat .

“Kerajaan juga sedang meneliti pembentukan keperluan fungsian dan antara keperluan fungsian utama ialah mekanisme penyaluran subsidi bersasar,” katanya.

Beliau memberi contoh kaedah sebelum ini dimana proses permohonan sesuatu program bantuan diumumkan oleh kerajaan perlu disemak satu persatu dan mengambil masa yanng panjang.

Mengenai inisiatif kerajaan untuk meningkatkan penguasaan ekonomi bumiputera, Rafizi berkata, kerajaan masih lagi meneruskan pemberian geran bagi membantu usahawan bumiputera dan dikelaskan mengikut kumpulan penerima.

BACA LAGI: Koperasi diseru manfaatkan bantuan, kemudahan pembiayaan disedia kerajaan

“Kerajaan telah memberi petunjuk dasar yang jelas bahawa penyertaan syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan perlu diperluas supaya menjadi lebih proaktif dalam mempergiatkan serta mengerakkan agenda permerkasaan ekonomi bumiputera,” katanya.

Beliau sebelumnya ditanyakan mengenai usaha kerajaan untuk meningkatkan penyertaan syarikat tempatan bumiputera khususnya dalam sektor berimpak tinggi.

Related Articles

Back to top button