Anwar

Kerajaan sedia bincang pinda Akta Anti Lompat Parti – PM Anwar

Kerajaan secara terbuka bersedia untuk meminda Akta Anti Lompat Parti bagi menutup sebarang kelemahan yang wujud, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, satu perbincangan akan dibuat antara kerajaan dan pembangkang bagi memperkukuhkan lagi akta tersebut.

“Jika anda (pembangkang) mahu meminda undang-undang anti-lompat, kita boleh bincangkannya.

“Ia tidak menjadi masalah,” katanya menerusi ketika ditemui pemberita selepas solat Jumaat di Putrajaya.

Pada masa sama, Anwar turut mengulangi bahawa ketika undang-undang anti lompat parti itu digubal, Pakatan Harapan menegaskan bahawa sesiapa yang dipecat daripada parti harus secara automatik hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Namun menurutnya, perkara itu tidak dipersetujui oleh Bersatu yang ketika itu merupakan sebahagian daripada kerajaan.

“Bagaimanapun, pada masa itu Bersatu tidak bersetuju kerana mereka membawa masuk ahli daripada Umno,” katanya.

Pada 5 Oktober 2022, Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) ketika itu, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Akta A1663 mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos dan diwartakan pada 6 September 2022.

Akta itu diluluskan dengan sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat pada 28 Julai lalu dengan sokongan majoriti seramai 209 Ahli Dewan Rakyat dan sokongan majoriti seramai 52 senator di Dewan Negara pada 9 Ogos.

Related Articles

Back to top button