ekonomi

Penarafan baharu JPMorgan bukti Malaysia kembali ke landasan betul – Fahmi Fadzil

Langkah firma perbankan pelaburan JPMorgan menaik taraf Malaysia daripada ‘underweight’ kepada ‘neutral’ selepas hampir enam tahun merupakan bukti berterusan Kerajaan MADANI dalam melaksana pembaharuan sehingga meyakinkan pelabur.

Jurucakap kerajaan, FahmI Fadzil dipetik Bernama berkata, peningkatan penarafan itu bukanlah sesuatu yang mudah sekaligus memberi petunjuk kukuh bahawa Malaysia berada di landasan yang betul.

“Ia memberi keyakinan pasaran terhadap langkah dan usaha kerajaan untuk menambah baik tadbir urus, bersama dengan dasar dan kesungguhan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memerangi rasuah,” katanya.

Terdahulu, Ketua JP Morgan Asia Pasifik (bekas Jepun/China) Rajiv Batra, melalui temu bual dengan CNBC memuji pembaharuan dasar negara, pelaburan berpusatkan data dan pembinaan infrastruktur.

Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar sebanyak 4.2 peratus pada suku pertama 2024 jelasnya membuktikan Malaysia kembali dalam radar pelabur.

Selain itu menurut Rajiv, pentadbiran Anwar terbukti menjalankan tugas dan “sedang mengotakan janji.”

BACA LLAGI: Pentadbiran PM Anwar terbukti jalankan tugas dengan baik – JPMorgan

Beliau memuji kerajaan kerana meluluskan dasar dan pembaharuan yang sukar, memetik pelancaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

Malaysia juga jelasnya telah mengambil langkah berani dalam merasionalisasikan subsidi, termasuk subsidi diesel baru-baru ini, dan menekankan bahawa mereka yang memerlukan menerima bantuan tunai bulanan.

Related Articles

Back to top button