Global

PM Anwar yakin Malaysia mampu jadi tuan rumah terbaik Sidang Kemuncak ASEAN 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan bahawa Malaysia mampu menjadi tuan rumah terbaik sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025.

Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya Anwar berkata, kerjasama utuh semua pihak akan membawa negara tampil sebagai hos yang cemerlang kepada semua delegasi terlibat.

“Pelbagai perkara telah dibincang bagi memastikan persediaan rapi dapat dibuat di setiap peringkat melibatkan kementerian serta agensi kerajaan,” katanya.

Anwar turut berkongsi beberapa keping gambar beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan bagi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di bangunan Parlimen semalam.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di Dewan Rakyat baru-baru ini memaklumkan tiga tonggak utama digariskan oleh Malaysia sebagai persiapan menjadi Pengerusi ASEAN 2025.

Tiga tonggak itu ialah keselamatan dan politik, ekonomi serta sosiobudaya.

BACA LAGI: Malaysia komited pimpin ASEAN ke arah kestabilan, kemakmuran

Setakat Jun lepas jelasnya, Malaysia telah menyusun atur sebanyak 257 mesyuarat peringkat tertinggi melibatkan pemimpin negara, menteri dan pegawai yang akan diadakan tahun depan.

Related Articles

Back to top button