Global

Hantar pasukan pengaman ke Gaza, gencatan sejata gagal henti peperangan – MAPIM

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyarankan agar kerajaan meminta pasukan pengaman diarahkan segera ke Gaza.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid ketika menbuat saranan itu berkata, langkah menghantar pasukan pengaman ke wilayah bergolak itu perlu susulan perjanjian gencatan senjata tidak menghentikan peperangan antara Palestin dan Israel.

Israel dengan sokongan penuh Amerika Syarikat tegasnya tidak berhasrat untuk gencatan senjata dan menamatkan pengepungan ke atas Gaza secara kekal.

“Inisiatif keamanan Qatar membuat kemajuan kecil, tetapi Netanyahu (Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu) bertegas untuk mencapai kemenangan sepenuhnya dengan bukan sahaja menghapuskan Hamas tetapi untuk memusnahkan Gaza.

“Gencatan senjata yang kekal nampaknya tidak masuk akal. Keselamatan Gaza harus diutamakan, jalur itu dikepung sepenuhnya lebih 17 tahun.

“Empat peperangan sebelum ini ke atas Gaza terbukti dengan ketidakamanan Gaza di bawah semua pencerobohan berterusan oleh Israel.

“Kami tidak melihat sebarang penyelesaian yang baik selain daripada campur tangan tentera untuk menghentikan peperangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Mohd Azmi, pihaknya tidak memahami agensi antarabangsa yang membenarkan jenayah secara terang-terangan terhadap kemanusiaan yang dilaksanakan oleh pasukan Zionis.

“Semasa Gaza melalui pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan, Israel nampaknya mempunyai tangan yang bebas untuk membunuh, menangkap, dan menyeksa kanak-kanak Palestin di Tebing Barat,” ujarnya.

BACA LAGI: Malaysia sedia kerjasama dengan Indonesia untuk misi pengaman di Palestin

Beliau turut melahirkan rasa kecewa pihaknya dengan ketidakupayaan masyarakat dunia untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di negara berdarah itu.

Ujarnya, bukan sahaja pencerobohan penjenayah Zionis itu meningkatkan pembunuhan lebih 38,000 nyawa rakyat, malah Gaza kini berada di ambang pemusnahan sepenuhnya di hadapan mata dunia.

Related Articles

Back to top button