ekonomi

Penarafan JPMorgan beri impak positif kepada Malaysia – Ahli ekonomi

Peningkatan penarafan kredit rasmi daripada agensi-agensi yang diiktiraf di peringkat global akan menjadikan bon Malaysia lebih menarik kepada pelbagai pelabur.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata begitu sebagai mengulas peningkatan penarafan Malaysia oleh institusi perbankan utama dunia, JPMorgan.

Pengingkatan penarafan itu kepada daripada “underweight” kepada “neutral”selepas hampir enam tahun tegasnya memberi impak positif dalam komuniti pelaburan pasaran bon global.

“Langkah ini juga boleh menarik perhatian dana ekuiti tempatan berikutan kenyataan ini membuka mata pelabur ekuiti antarabangsa.

“Petunjuk awal menunjukkan aliran pelaburan mula kembali, walaupun secara berperingkat,” katanya dipetik Bernama.

Mengenai impak terhadap ringgit, Innes berkata ini akan membawa kepada aliran pelaburan sebenar berbanding yang bersifat spekulatif.

Katanya ini merupakan pemacu utama mata wang tempatan berdasarkan ringgit tidak boleh diniagakan di pasaran terbuka.

“Kenyataan yang positif dan peningkatan penarafan daripada agensi penarafan dapat menjelaskan sebahagian sebab ringgit mencatatkan kenaikan.

“Bagaimanapun, dari segi perspektif pasaran mata wang, Rizab Persekutuan (Fed) AS mempunyai pengaruh yang besar,” tambahnya.

Sebagai rekod, kedudukan matawang negara pada Jumaat berada dalam kedudukan terbaik dalam tempoh enam bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)

Pada dagangan semalam, Ringgit mencecah paras RM4.6630 berbanding dolar AS sebelum ditutup pada 4.6700/6730 sekaligus menjadikannya kedua terbaik di Asia.

BACA LAGI: Pentadbiran PM Anwar terbukti jalankan tugas dengan baik – JPMorgan

Sementara itu menurut Innes, sehingga pelabur yakin bahawa Fed akan menurunkan kadar faedah, kenaikan nilai mata wang di Asia, terutamanya dalam kalangan yang menjana pulangan rendah, dijangka akan menghadapi halangan.

“Oleh itu, walaupun Malaysia menikmati tempoh yang baik dengan pasaran bonnya mendapat sokongan dan ringgit menunjukkan pengukuhan, naratif utama masih ditentukan oleh langkah Fed yang seterusnya,” katanya.

Related Articles

Back to top button