Anwar
PM Anwar, isteri bertemu pendakwah tersohor AS, Dr Omar Suleiman
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat meluangkan masa bertemu pendakwah tersohor Amerika Syarikat (AS), Dr Omar Suleiman di kediamannya.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata, pada pertemuan itu, mereka bertukar pandangan mengenai perkembangan Islam di AS dan dunia barat.
“Kami turut berbincang mengenai ikhtiar merekayasa peranan strategik Malaysia dalam menyampaikan mesej Islam yang syumul dan wasatiy,” katanya.
Dr Omar Suleiman kini berada di Malaysia dalam rangka lawatan singkat bagi menyampaikan syarahan di Shah Alam, Selangor.
Turut serta dalam pertemuan itu adalah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anggota keluarga Anwar.