Ahli Parlimen perlu main peranan tangani isu perubahan iklim dengan lebih baik – Johari Abdul
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menyeru Ahli Parlimen untuk melipatgandakan peranan mereka dalam menangani mitigasi perubahan iklim secara lebih berkesan.
Beliau berkata, menerusi pendidikan atau jangkauan tentang perubahan iklim dapat menjadi sumber rujukan dalam mendepani krisis tersebut.
Menurutnya, Ahli Parlimen perlu menyuarakan isu yang dihadapi oleh rakyat dalam menangani masalah itu.
“Dalam ucapan saya sewaktu menghadiri ‘Climate Resilience in Southeast Asia: Strengthening the Role of Parliamentarians Conference’ di Kuala Lumpur, saya telah menekankan bahawa ASEAN kini sedang mendepani krisis perubahan iklim yang menjejaskan hak asasi manusia keseluruhannya.
“Langkah-langkah ini termasuk memastikan akauntabiliti dan keberkesanan kerajaan serta menjadi sumber rujukan penting dalam kawasan masing-masing melalui cara pendidikan atau jangkauan tentang perubahan iklim.
“Sudah tentu, Ahli Parlimen juga dapat menyuarakan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat mengenai perubahan iklim dalam Dewan Rakyat dan platform penggubalan undang-undang antarabangsa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.