Semasa

Bersatu manipulasi istilah ‘terhenti keahlian’ demi penuhi selera Muhyiddin – Kamil Munim

Parti BERSATU dianggap memanipulasi istilah ‘terhenti keahlian’ berhubung kedudukan enam ahli parlimen parti itu, tegas Setiausaha politik perdana menteri.

“Apa yang jelas kita nampak ialah mereka ini (enam ahli parlimen dari BERSATU) dipecat meskipun ada percubaan memanipulasi istilah ‘terhenti’ bagi memenuhi selera tekak Muhyidin (Presiden BERSATU Muhyiddin Yassin) .

“Penafsiran peruntukan itu harus dilihat secara konteks keseluruhannya. Jangan menuding jari kepada orang lain, menuduh speaker sebagai songsang dan sebagainya.

“Kamu dahulu yang enggan untuk bersetuju untuk pindaan itu dilakukan dengan lebih ketat. Kenapa ketua pembangkang perlu menggelupur sekarang. Marahlah presiden kamu,” katanya Muhammad Kamil Abdul Munim dipetik satu laporan media.

Beliau sebelumnya membidas tuduhan Muhyiddin kononnya speaker Dewan Rakyat Johari Abdul membuat tafsiran songsang apabila mengumumkan bahawa enam wakil rakyat itu kekal sebagai ahli parlimen bebas.

Mengulas lanjut Muhammad Kamil mencabar Muhyiddin untuk menyatakan secara jelas sama ada enam ahli parlimen terbabit dipecat atau tidak.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyangkal kenyataan Muhyiddin dengan merujuk kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Nov lalu sebagai berkata bahawa beliau bertegas mahu memasukkan klausa yang menyatakan ahli parlimen yang melanggar kehendak parti akan kehilangan kerusi mereka secara automatik.

“Tan Sri Wan Junaidi dengan jelas menyatakan bahawa PN ketika itu sebahagian kerajaan enggan menyokong akta ini sekiranya tidak menggugurkan dua syarat iaitu melanggar arahan parti dan melanggar arahan Whip berlandaskan untuk dapat kelulusan di Dewan Rakyat,” katanya.

BACA LAGI: Keputusan Speaker terhadap 6 Ahli Parlimen tidak jejas anti lompat parti

Justeru berlandaskan penerangan Wan Junaidi, enam ahli parlimen itu dipecat oleh Bersatu dan tiada istilah ‘terhenti keahlian’ seperti didakwa oleh parti berkenaan.

Berdasarkan perkara 49A(2) (c) Perlembagaan Persekutuan menyatakan “Seseorang ahli Dewan Rakyat tidak terhenti menjadi ahli Dewan itu menurut Perkara ini hanya disebabkan oleh (c) pemecatannya daripada keanggotaan dalam parti politiknya.”

Related Articles

Back to top button