Global

PM Anwar kecam, simpati terhadap serangan tembak ke atas Trump

Malaysia mengecam serangan ke atas bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang ketika ini sedang berkempen untuk Pilihan Raya Presiden di negara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan seumpama itu bukan jalan penyelesaian bagi menyelesaikan sesuatu isu atau rasa tidak puas hati.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden tembakan yang menyasarkan Trump pada Sabtu.

Beliau turut melahirkan rasa simpati terhadap Trump dan berharap semuanya dalam keadaan terkawal.

“Apapun pendirian kita pada mana-mana tokoh, cara begini bukanlah penyelesaian. Kita simpati kepada Trump dan berharap keadaan terkawal,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang di Serdang, Selangor pada Ahad.

Terdahulu, Trump dilapor terkena tembakan pada bahagian telinga kanan semasa berkempen di Pennysylvania, namun beliau mengesahkan dirinya dalam keadaan baik.

Manakala, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mengenal pasti seorang lelaki Pennsylvania berusia 20 tahun sebagai suspek penembak di perhimpunan kempen Trump.

Memetik laporan Reuters, FBI masih belum mendedahkan nama penembak yang disyaki.

Difahamkan polis Pennsylvania akan mengadakan sidang media berkaitan insiden ini dalam masa terdekat.

Related Articles

Back to top button