Anwar

Cadangan pelaksanaan Akta Saraan Hakim Syarie akan disegerakan – PM Anwar

Kerajaan akan segerakan cadangan pelaksanaan Akta Saraan Hakim Syarie bagi memartabatkan institusi Mahkamah Syariah di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu proses pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah dibuat dengan teliti.

Katanya, kewujudan akta itu bertujuan supaya tiada lagi pandangan yang merendahkan status Hakim Syarie.

Bagi tujuan itu, Anwar sudah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar menyegerakan Rang Undang-Undang (RUU) tersebut.

“Akta saraan Hakim Syarie mengikut saraan PTD (pegawai tadbir dan diplomatik), jadi insya-Allah saya minta menteri agama menyegerakan RUU ini.

“Saya mudah sahaja runding baik-baik selesai,” katanya berucap dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia pada Isnin.

Anwar berkata, keperluan itu bagi memberikan kekuatan dan keberanian kepada Hakim Syarie untuk mengaplikasikan perundangan dengan lebih berwibawa.

Ia juga pasti akan memberi kekuatan dan keberanian kepada hakim syarie untuk mengaplikasikan perundangan dengan lebih berwibawa sekali gus memartabatkan institusi Mahkamah Syariah, katanya.

Related Articles

Back to top button