Semasa

FELDA diseru jadi contoh terbaik, elak jadi tempat perpecahan

Pimpinan FELDA diingatkan agar tidak menjadikan agensi itu sebagai tempat berlakunya perpecahan, benci-membenci dan perseteruan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ucapan di sambutan Hari Peneroka FELDA 2024 peringkat kebangsaan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada Ahad berkata, Felda seharusnya menjadi suri teladan yang baik dari segi tatakelola dengan memberikan contoh terbaik kepada semua agensi di bawah kerajaan.

Tambahnya, nilai dan pengajaran peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW harus diambil dan dihayati, bagi membantu melakukan perubahan dalam FELDA, bukan mencakupi pihak pengurusan semata-mata tetapi juga peneroka

“Insya-Allah kalau kita ada kefahaman betul atau kalau FELDA berhasil betul-betul boleh jadi contoh terbaik. Bagaimana orang miskin diberi tanah dan diangkat martabat mereka. Ini martabat Felda, itu isyaratnya.

“Hari ini saya pilih beri ucapan agak aneh. Saya, menteri dan sampai kepada peneroka (FELDA) serta keluarga mereka, (harus) ada usaha lebih untuk santuni anak-anak muda kerana apabila kita berbicara, ia (mesti melibatkan) wanita, masyarakat. Ia mesti melibatkan semua orang.

“Mudah-mudahan kita dapat bawa perubahan ini kepada semua . Yang baik percayalah bukan saya mahupun (Ahmad) Zahid dan kawan-kawan dalam Kabinet akan bantu (buat perubahan) tetapi kesediaan mesti ada. Jangan jadikan FELDA tempat pecah-belah, (cetus) kebencian dan perseteruan,” katanya.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Fadzil.

BACA LAGI: FELDA Robotic Challenge 2024 (FRC): KPM bakal tingkat kerjasama perkasa literasi teknologi

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan pimpinan FELDA agar menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas.

Beliau turut memberi amaran sekiranya berlaku kecurangan dalam pentadbiran kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pimpinannya yang didapati bersalah.

“Ketua Audit Negara, SPRM jalankan kerja, jangan kira siapa termasuk ke atas FELDA.

“Saya beri peringatan supaya tidak terjebat dengan salah laku dan rasuah. Siapa salah, jaga! Tindakan akan diambil,” tegasnya.

Related Articles

Back to top button