Anwar

PM Anwar ucap tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Brunei

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah salam takzim dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78.

Anwar menerusi hantaran di Facebook mendoakan Kebawah Duli Tuanku, Sultan Hassanal Bolkiah kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam.

“Semoga hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam terus diperkukuh, Insya-Allah,” katanya.

Sultan Hassanal Bolkiah diputerakan pada 15 Julai 1946 di Bandar Brunei (sekarang Bandar Seri Begawan) dan ditabalkan sebagai Sultan Brunei ke-29 pada 1967.

Related Articles

Back to top button