ekonomi

Usaha bersepadu kerajaan, BNM berjaya pacu prestasi ringgit – Menteri Kewangan II

Prestasi mata wang ringgit yang bertambah baik dalam tempoh enam bulan kebelakangan adalah hasil strategi bersepadu kerajaan membabitkan Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pelbagai usaha telah dilaksana kerajaan termasuk galakan pendapatan langsung asing oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC), hasil syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang dibawa balik ke Malaysia serta pemantauan penukaran hasil eksport dan import membantu mengukuhkan nilai mata wang negara.

Justeru beliau menyatakan keyakinan bahawa usaha bersepadu dan pengurusan fiskal yang efisien itu akan terus mendorong peningkatan ringgit pada separuh kedua 2024.

“Sepertimana yang kita lihat, prestasi (nilai) ringgit semalam berada pada sekitar 4.68 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan sudah semakin konsisten di bawah paras 4.70,” katanya.

Amir Hamzah berkata begitu kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor di sini, hari ini.

Pada Khamis, ringgit berada di kedudukan pertama dalam kalangan negara serantau dengan mencatat peningkatan sekitar dua peratus.

BACA LAGI: Nilai Ringgit meningkat, berpotensi untuk terus mengukuh

Mmanakala purata harian jumlah dagangan pasaran kewangan pula meningkat kepada AS$17.6 bilion.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid dipetik laporan media baru-baru ini berkata reformasi ekonomi dan kestabilan politik menjadi antara faktor utama kenaikan nilai ringgit.

Related Articles

Back to top button