Semasa

Nasihat PM Anwar kepada pendidik perlu dilihat secara positif – Fadhlina

Nasihat disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan displin dan prestasi warga pendidik perlu dilihat dalam konteks positif, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Fadhlina sebagai mengulas kenyataan perdana menteri bahawa kerajaan menerima prinsip kenaikan pangkat secara time-based, namun kemudahan itu akan dibatalkan bagi guru yang cuai dan lemah dari segi disiplin berkata, kenyataan itu merupakan nasihat yang baik kepada golongan terbabit.

“Kenyataan Perdana Menteri itu lebih kepada motivasi kepada seluruh warga pendidik sekali gus dalam meningkatkan mutu pendidikan negara.,” kata Fadhlina kepada pemberita pada Isnin.

Beliau sebelumnya ditemui selepas merasmikan bangunan projek naik taraf Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja di Rembau.

Sementara itu beliau memberi jaminan bahawa kementeriannya akan memastikan warga pendidik terlatih dan komited dalam meningkatkan mutu pendidikan negara.

BACA LAGI: NUTP sokong PM Anwar kecualikan guru lemah dari kenaikan pangkat “time-based”

“Secara keseluruhannya KPM memberikan jaminan guru-guru yang terlatih, cukup komited dan memberikan tumpuan sepenuhnya jiwa raga mereka untuk pendidikan negara.

“Apatah lagi kita sedang melangkah ke agenda penting berkaitan dengan kurikulum baharu 2027, termasuklah pelan pembangunan pendidikan 2025 dan sekarang ini sedang membina pelan pendidikan yang baharu,” jelasnya.

Related Articles

Back to top button