Global

Sedekad insiden MH17: Malaysia teruskan proses undang-undang, tuntut keadilan untuk mangsa

Kerajaan MADANI akan terus berusaha menuntut keadilan mangsa tragedi pesawat Malaysia Airline MH17 yang terhempas dipercayai ditembak kumpulan pengganas di Ukraine lebih sedekad lalu.

Menteri Pengangkutan pada satu sidang media di Kuala Lumpur pada Isnin berkata, Malaysia bersama beberapa negara lain akan meneruskan tindakan undang-undang di peringkat antarabangsa berhubung tragedi pada 2014 itu.

“Kita akan meneruskan proses undang-undang ini bersama-sama dengan negara-negara yang terlibat terutamanya penumpang yang ramai.

“Tindakan undang-undang sedang berjalan sekarang,” katanya.

Pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines melakukan penerbangan dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 sebelum ditembak jatuh di timur Ukraine yang dikuasai oleh kumpulan pemberontak pro-Rusia.

Siasatan antarabangsa mendakwa peluru berpandu BUK adalah milik Briged Peluru Berpandu Anti-Pesawat ke-53 tentera Rusia yang berpusat di bandar Kursk bertanggungjawab terhadap insiden yang membunuh kesemua 298 penumpang dan kru, termasuk 80 kanak-kanak itu.

BACA LAGI: Mahkamah Dunia tolak kes yang dibawa Ukraine terhadap Rusia terkait MH17

Mangsa terdiri daripada penumpang dari 17 negara termasuk 198 warga Belanda, 43 rakyat Malaysia, 38 dari Australia dan 10 lagi berasal dari United Kingdom (UK).

Mahkamah The Hague pada 17 November 2022 menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap dua warga Russia dan seorang rakyat Ukraine secara in absentia selepas mendapati mereka bersalah menyebabkan pesawat itu terhempas.

Related Articles

Back to top button