Nasional

Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada awal 2025

Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025, kata Kementerian Pengangkutan (MOT).

Katanya, langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Januari 2025.

“MOT dan Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) amat komited untuk memastikan pelan penggantian Aerotrain ini berjalan lancar mengikut garis masa ditetapkan,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Selasa.

Kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) yang meminta perincian status projek system penggantian aerotrain KLIA, termasuk perjanjian baharu dimeterai oleh MAHB serta anggaran kos projek berkenaan.

Mengulas perjanjian baharu itu, MOT berkata, MAHB telah memeterai surat perjanjian dengan ALSTOM Transport Systems (Malaysia) Sdn Bhd, IJM Construction Sdn Bhd dan usaha sama bersama Pestech Technology Sdn Bhd (IJMCPestech JV) pada 12 Januari 2024 dengan jangkaan projek berkenaan siap pada 31 Mac 2024.

Bagi menyegerakan garis masa pelaksanaan penggantian aerotrain itu, MAHB juga telah menandatangani suatu perjanjian baharu bersama pihak ALSTOM Transport Systems (Malaysia) Sdn Bhd pada 14 Jun 2024, bagi memastikan projek ini dapat disiapkan sepenuhnya pada tarikh berkenaan, kata MOT.

Related Articles

Back to top button