Parlimen

Dr Dzulkefly akan pastikan Dana Kesihatan Negara dimanfaatkan secara adil

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan pertimbangkan penubuhan Dana Kesihatan Negara bagi memastikan pengagihan dana kesihatan yang adil di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, dana itu akan diuruskan secara efisien dan berintegriti.

“KKM percaya dengan pengagihan dana kesihatan yang telus dapat meningkatkan keyakinan dan sokongan untuk menambah pembiayaan kesihatan.

“Sebagai langkah ke arah itu, penubuhan satu Dana Kesihatan Negara sedang dipertimbangkan untuk mengumpul pelbagai sumber pembiayaan yang dirancang.

“Ini termasuk daripada hasil cukai, bukan cukai dan juga dana yang dikhaskan daripada kegiatan-kegiatan penguatkuasaan KKM seperti cukai dan lain lain,” katanya pada sidang Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) berhubung rancangan KKM untuk mewujudkan Dana Kesihatan Negara bagi memberi perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat.

Related Articles

Back to top button