Negeri

PM Anwar pengerusikan Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri ke-143

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-143 yang diadakan di Putrajaya pada Selasa.

Melalui satu hantaran di laman Facebooknya, Anwar berkata mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri-menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Mesyuarat yang diadakan itu bagi membincangkan beberapa perkara melibatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri.

“Mesyuarat ini membincangkan beberapa perkara melibatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya terkait pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Anwar melalui hantaran berasingan turut memaklumkan telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Kebangsaan (MAK) di pejabatnya di Putrajaya.

BACA LAGI: Rafizi lihat potensi jadikan Terengganu negeri peneraju sektor CCUS

Kunjungan tersebut jelasnya diketuai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Presiden MAK, Mohd Afendi Ya@Zakaria serta delegasi MAK.

“Antara intipati pertemuan ialah memastikan peranan AKRAB yang ditubuhkan sejak 2005 ini, terus memainkan tanggungjawab dalam menyampaikan misi dan hasrat kerajaan, khususnya kesedaran tentang Malaysia Madani,” kata Anwar melalui hantaran tersebut.

Related Articles

Back to top button