Semasa

Kerajaan tambah peruntukkan untuk industri berasaskan bioteknologi

Kerajaan akan memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta kepada program Bio-based Accelerator (BBA) 2024.

Perdana Menteri berkata, peruntukkan yang akan disalurkan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) diharap dapat membantu industri sektor bio menjadi lebih inovatif dalam meningkatkan tenaga kerja dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Beliau percaya bahawa syarikat-syarikat bioteknologi berasaskan bio di Malaysia khususya syarikat berstatus BioNexus dan syarikat di bawah program BBA dapat memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang latihan praktikal serta pengalaman dan pengetahuan industri dalam bidang itu.

“Dengan galakan daripada MOSTI dan kerjasama syarikat Bioeconomy Corporation, syarikat-syarikat berstatus BioNexus dan BBA dapat memastikan Malaysia mempunyai tenaga keria STEM yang berkelayakan tinggi untuk memacu inovasi dan pembangunan mampan dalam sektor bioekonomi.

“Disebabkan itu, saya menyokong penuh agar pihak MOSTI dan Bioeconomy Corporation mempertingkatkan lagi program BBA dan status BioNexus.

“Di sini saya mengumumkan kerajaan akan memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta untuk pelaksanaan program BBA pada tahun 2024 supaya dapat membantu industri sektor berasaskan bio meniadi meniadi lebih inovatif dan celik teknologi dan seterusnya meningkatkan tenaga kerja dalam STEM,” katanya.

Anwar berkata demikian pada majlis perasmian National Bioeconomy Showcase 2024 (NBiOSHOWCASE 2024) di Pusat Dagangan Putra, di sini, hari ini.

BACA LAGI: Kesuma sepadankan kelayakan graduan dengan pekerjaan – Timbalan Menteri

Mengulas lanjut, beliau menegaskan Kerajaan Madani komited dalam memperkasakan sektor-sektor berasaskan sains, teknologi dan inovasi (STI) melalui dasar-dasar seperti Dasar Sains, Teknologi, dan Inovasi Negara (DSTIN) serta Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) untuk membawa Malaysia ke puncak kemajuan.

Tambahnya, usaha-usaha perlu diperhebatkan lagi dalam pelaksanaan dasar-dasar itu untuk mempromosikan sektor bioteknologi dan berasaskan bio di Malaysia agar negara ini mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi.

Related Articles

Back to top button