Parlimen

Speaker Dewan Rakyat wajibkan semua Ahli Parlimen buat pemeriksaan kesihatan

Semua Ahli Parlimen diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya pada 11 November 2024.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, pemeriksaan kesihatan itu sudah dilaksana tahun lalu dan ia sangat membantu dalam mengesan tahap kesihatan Ahli-Ahli Yang Berhormat pada peringkat awal seterusnya membolehkan langkah pencegahan segera diambil.

“Tanpa pengecualian. Surat mengenai pemeriksaan kesihatan itu sudah diedarkan kepada Yang Berhormat.

“Pemeriksaan kesihatan ini akan dilaksanakan oleh Klinik Kesihatan Parlimen atau di fasiliti swasta.

“Maklumat lanjut mengenai pemeriksaan ini terkandung dalam surat tersebut. Pemeriksaan kesihatan ini adalah wajib dijalani oleh semua Yang Berhormat dan tarikh akhir menjalaninya pada Isnin, 11 November 2024,” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.

BACA LAGI: Peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak sesulit seperti digambarkan

Beliau turut menegaskan, mana-mana Ahli Dewan Rakyat gagal berbuat demikian, nama mereka akan dipaparkan di laman web Parlimen.

Tambah beliau, sebarang pertanyaan mengenai pemeriksaan kesihatan berkenaan boleh diajukan kepada Ketua Klinik Kesihatan Parlimen Malaysia, Datuk Dr Murugesu Raju.

Related Articles

Back to top button