Semasa

RUU pindaan kewarganegaraan sudah dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja

Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung kewarganegaraan sudah dibentangkan ke Majlis Raja-Raja pada Khamis.

Menteri Dalam Negeri berkata, RUU itu menerima maklum balas positif, namun masih ada perkara yang perlu diperhalusi dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sebelum ia melalui bacaan buat kali kedua di Dewan Rakyat.

Sementara itu tambahnya, kementerian juga bersedia untuk meneruskan sesi libat urus bersama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan, dan memberi justifikasi terhadap cadangan yang terkandung dalam pindaan tersebut.

“Proses untuk untuk membentangkan Pindaan Perlembagaan di bawah tajuk warganegara diteruskan. Hari ini pun KDN dijemput bentang kepada Majlis Raja-Raja, tetapi perlu perhalusi lagi dengan Suhakam.

“(Respons Majlis Raja-raja) sangat-sangat positif, tetapi saya tidak boleh sebut lebih, kerana persidangan Majlis Raja-Raja biasanya akan disusuli dengan minit mesyuarat secara rasmi. Itu nanti barulah saya boleh buat pengumuman selanjutnya,” katanya dipetik laporan media.

BACA LAGI: Kerajaan fokus selesai isu kewarganegaraan anak tidak sah taraf, anak angkat

Difahamkan, pindaan bertujun menyelaraskan umur mengundi di Malaysia dan takrif kanak-kanak yang diperuntukkan dalam Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), serta umur dewasa di bawah Akta Umur Dewasa 1971 (Akta 211).

Aantara lain bertujuan menurunkan had umur untuk memohon kewarganegaraan daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun.

Related Articles

Back to top button