Anwar

PM Anwar sembah tahniah pada Agong ke-17

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah tahniah kepada Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena isitiadat pertabalan yang berlangsung pada Sabtu di Istana Negara, Kuala Lumpur.

“Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Duli Tuanku serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan Negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara ini”, katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar mewakili seluruh rakyat Malaysia turut menzahirkan ketaatan dan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada institusi diraja berperlembagaan.

Istiadat Pertabalan YDPA ke-17 berlangsung di Balai Rung Seri Istana Negara yang dihadiri ratusan tetamu termasuk Raja-Raja melayu, Yang Di-Pertua Negeri, Jemaah Menteri, komuniti diplomatik asing di negara ini dan pemimpin utama negara.

Untuk info, Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu.

Related Articles

Back to top button