ekonomi

Rafizi bidas dakwaan ekonomi negara merudum

Rafizi Ramli menegaskan bahawa ekonomi Malaysia masih berkembang walaupun terdapat dakwaan sebaliknya oleh pengkritik.

“Kita akan sering terdedah kepada risiko pembodohan di media sosial yang mengatakan ekonomi negara merudum, tetapi fakta-fakta ini membezakan antara mereka yang menghormati ilmu dan mereka yang memalingkan muka dari ilmu,” katanya melalui satu hantaran di laman Facebooknya.

Beliau turut memetik anggaran awalan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Jabatan Perangkaan yang dikeluarkan pada Jumaat bagi menyokong kenyataannya.

“Prestasi baik ini dijangka akan terus mendorong pengukuhan nilai ringgit dan kenaikan pasaran saham, selain terus menarik pelaburan yang mewujudkan peluang pekerjaan baru kepada rakyat.

“Ini bermakna KDNK dianggarkan tumbuh sebanyak 5 peratus pada separuh pertama 2024 – berbanding 4.1 peratus dalam tempoh yang sama tahun lepas – dan arah aliran itu dijangka berterusan untuk sepanjang tahun ini,” jelasnya.

Rafizi berkata ini selari dengan sasaran kerajaan iaitu 4 hingga 5 peratus pertumbuhan KDNK tahun ini.

“Ini adalah tambahan kepada kedudukan ringgit sebagai mata wang Asia berprestasi kedua terbaik, dan pertumbuhan nilai pasaran saham Malaysia sebanyak lebih 20 peratus sejak tahun lepas.

“Walaupun data-data ekonomi menunjukkan pertumbuhan ekonomi Malaysia, ramai yang tidak mahu menerima fakta-fakta ini,” tegasnya.

BACA LAGI: JPMorgan bukti Malaysia kembali ke landasan betul – Fahmi Fadzil

Sebelum ini, majalah perniagaan antarabangsa, Forbes Magazine memuji pendekatan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar yang berusaha pengoptimuman kos, terutama rasionalisasi subsidi dan mengurus kos perkhidmatan awam.

Pakar ekonomi, Benjamin Laker dalam komentarnya turut menyifatkan beberapa usaha Anwar dalam menarik pelaburan memberi implikasi ketara kepada Malaysia dan rantau Asia.

Manakala firma perbankan pelaburan JPMorgan pada minggu lalu telah menaik penarafan terhadap Malaysia daripada ‘underweight’ kepada ‘neutral’ selepas hampir enam tahun.

Ketua firma perbankan pelaburannya, Rajiv Batra menyifatkan Kerajaan MADANI telah mentadbir Malaysia sejak satu setengah tahun terbukti menjalankan tugas dan “sedang mengotakan janji2.

Related Articles

Back to top button