Semasa

Kempen ‘Kurang Gula, Kurang Harga’ bakal dilancarkan, promosi amalan pemakanan sihat

Kerajaan akan mempertingkat kesedaran rakyat mengenai kepentingan amalan pemakanan sihat melalui pengurangan pengambilan gula

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, pihaknya prihatin terhadap laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 yang mendapati satu daripada enam individu dewasa atau 15.6 peratus populasi dewasa di negara ini didiagnoskan sebagai penghidap penyakit diabetes.

Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya akan melancarkan kempen ‘Kurang Gula, Kurang Harga’ yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

“KPDN komited mengusahakan langkah preventif, bermula dari peringkat pengguna dan pengusaha makanan bermasak.

“Sesi libat urus bersama persatuan restoran dan wakil industri telah diadakan untuk merangka kempen berkenaan, ” katanya melalui satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu, antara yang terbabit dalam sesi libat urus itu ialah Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Am Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura (MSCSPGA) serta Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA).

BACA LAGI: MAA sambut baik pindaan Akta Perubatan, sifatkan permulaan baharu bab kesihatan negara

“Inisiatif ini dirangka khusus bagi mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Di samping itu, ia membantu mengurangkan kos rawatan dan perubatan susulan penyakit yang berpunca daripada tabiat pemakanan tidak sihat serta tidak seimbang, terutama kandungan gula berlebihan,” katanya.

Related Articles

Back to top button