Anwar

PM Anwar beri sumbangan kepada bekas tahanan ISA 1998

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sumbangan kepada veteran Parti Keadilan Rakyat, Shariffuddin Budin atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Hunter”.

Anwar dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad berkata, sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi yang mewakilinya menziarahi aktivis itu.

“Shariffuddin Budin kehilangan isterinya Allahyarham Ramlah Abdul Majid, baru-baru ini. Shariffuddin yang lebih dikenali sebagai ‘Pak Hunter’ telah diserang strok yang membataskan keupayaan beliau bercakap, selain menderita pelbagai penyakit yang lain.

“Keadaan ini amat menyukarkan beliau untuk mencari rezeki, lebih-lebih lagi setelah kehilangan peneman setia hidupnya,” katanya.

Anwar berkata, beliau menyerahkan sumbangan itu kepda Shariffuddin bagi membantu meringankan beban harian dan kos perubatan beliau.

“Menitipkan doa agar roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan semoga beliau kembali sihat seperti sediakala, insya-Allah,” katanya.

Related Articles

Back to top button