Parlimen

Akta terkait amanah perlu dipinda elak ‘Pak Lebai’ songlap duit

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri berpandangan perlunya pindaan Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 dan Akta Pemegang Amanah 1949 dapat dilakukan segera bagi memastikan kedua-dua undang-undang terbabit selari dengan keperluan semasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pada 26 Februari dan 20 Jun lalu, satu kertas jemaah menteri dibentangkan bagi menambah baik akta berkaitan amanah.

“Muka baik-baik dengan janggut pak lebai songkok tinggi duitnya dia ambil, cakap untuk Palestin untuk Gaza, tiba-tiba beli kereta. Yang jadi masalah sebab dalam kita punya akta amanah, nama semua hebat orang tak sangka dia ‘scammer’ tetapi bila dapat duit ana-enta 60 peratus sini 40 peratus situ,” katanya di Dewan Negara pada Isnin.

Tambahnya, jemaah menteri juga telah bersetuju untuk mewujudkan penubuhan jawatankuasa khas bagi melaksanakan kewajaran cadangan penggubalan akta khairat dan penubuhan suruhanjaya khairat.

Kata Azalina, kajian penggubalan akta khairat dan penubuhan suruhanjaya telah ditubuhkan pada 6 Mei lalu.

Menurutnya, model undang-undang amanah di United Kingdom, Singapura, New Zealand dan Australia juga dijadikan rujukan dan kajian.

Related Articles

Back to top button