Global

Kabinet akan putuskan langkah, tindakan kecam Israel selari keputusan ICJ

Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu, akan membuat keputusan untuk langkah dan tindakan negara dalam mengecam Israel susulan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bahawa pendudukan Israel di wilayah Palestin melanggar undang-undang antarabangsa.

“Malaysia tentunya mendukung keputusan ICJ dan keputusan itu berdasarkan fakta yang jelas tentang keganasan dan kekejaman Israel yang berterusan.

“Kita akan membuat keputusan muktamad mengenai langkah untuk bersama-sama ICJ, mengecam dan bertindak ke atas Israel,” katanya kepada pemberita di Cyberjaya pada Ahad.

Presiden ICJ Nawaf Salam pada 19 Julai dilapor berkata, mahkamah mendapati kehadiran berterusan Israel di wilayah Palestin adalah tidak sah.

Menurut penghakiman yang dibacakan di Istana Keamanan, Israel perlu menamatkan pendudukan mereka secepat mungkin dan menghentikan serta-merta semua aktiviti penempatan baharu dan memindahkan semua peneroka dari tanah yang diduduki.

BACA LAGI: PM Anwar gesa AS guna veto, segera tamatkan konflik Palestin-Israel

“Pendudukan Israel di Wilayah Palestin ialah pengilhakan de facto, yang melanggar hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri,” kata Salam seperti yang dilaporkan media antarabangsa.

Kenyataan ICJ yang dipanggil Pendapat Nasihat itu tidak mengikat, namun ia diputuskan tatkala kebimbangan kian meningkat terhadap jumlah kematian dan kemusnahan dalam perang dilancarkan Israel di Gaza, sekali gus berkemungkinan akan meningkatkan tekanan diplomatik ke atas Israel

Related Articles

Back to top button