Semasa

Iltizam kerajaan MADANI nokhtahkan kemiskinan tegar tarik minat China

Iltizam kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menoktahkan kemiskinan tegar menarik minat China.

Pengarah Urusan International Poverty Reduction Center in China (IPRCC) Liu Junwe dipetik laporan media berkata, pihaknya berhasrat berkongsikan pengalaman dan pengetahuan mereka bagi menjayakan iltizam perdana menteri itu.

Liu pada lawatan Kerja Delegasi China – Pembasmian Kemiskinan di Malaysia, di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuantan pada Rabu berkata, komitmen kerajaan MADANI meningkatkan sosioekonomi golongan B40 yang bermatlamat menoktahkan kemiskinan tegar tahun ini menerusi pelbagai program yang dirangka termasuk melalui sektor pertanian dan perikanan, menarik perhatian pihaknya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara itu.

“Tahniah atas usaha bawah visi Malaysia Madani dalam usaha mengeluarkan golongan B40 dalam kategori miskin tegar. Ia usaha mengagumkan,” katanya seperti dilapor.

Lawatan kerja selama lima hari bermula 22 Julai lepas membabitkan lima pakar daripada IPRCC dan Beijing Normal University melibatkan beberapa lokasi, iaitu Putrajaya, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang selain Pahang.

BACA LAGI: Kerajaan tumpu naikkan siling ekonomi, lantai pendapatan rakyat melalui Belanjawan 2025

Ia memfokuskan kepada isu berkaitan kemiskinan dan pembangunan kawasan bandar serta luar bandar dengan kedua-dua pihak akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam isu pembasmian kemiskinan.

Difahamkan, hasil lawatan itu kemudian akan dibincangkan dalam sesi rumusan bersama Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, KPKM, Jabatan Pembangunan Wilayah Persekutuan serta ICU JPM di Kementerian Ekonomi, Putrajaya.

Related Articles

Back to top button